Cart 0

Hadiah Puisi T. Alias Taib II (2025)

Hadiah Puisi T. Alias Taib II (2025)
HADIAH PUISI T. ALIAS TAIB 


SYARAT-SYARAT
1) Terbuka kepada semua peringkat umur, bangsa, dan kerakyatan (Malaysia atau di luar Malaysia)

2) SETIAP PENYERTAAN mestilah terdiri daripada manuskrip dengan MINIMA 50 buah puisi dengan syarat berikut::

2.1 Panjang, bilangan baris, tema, dan bentuk puisi adalah BEBAS

2.2 Bahasa utama setiap puisi mestilah dalam Bahasa Melayu. Penggunaan atau campuran bahasa asing dibenarkan secara berpada-pada, rasional, dan terkawal, selagi masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai teras utamanya.

2.3 Dibenarkan MAKSIMUM 25 buah puisi yang pernah tersiar di media cetak/majalah elektronik untuk dimuatkan di dalam manuskrip (tidak wajib / tiada had minima).

2.4 Puisi-puisi yang tersiar di internet/media sosial dibenarkan untuk dimuatkan dalam manuskrip dengan syarat ia diprivasi atau digugurkan siaran selepas penghantaran penyertaan. Jika karya tersebut disiarkan di laman / platform yang tak dapat digugurkan (seperti majalah digital dsb), syarat 2.3 terpakai.

3) Setiap manuskrip / penyertaan WAJIB diberikan judul

4) Seorang peserta bebas menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi setiap puisi HANYA layak dimuatkan dalam SATU MANUSKRIP sahaja

5) Setiap penyertaan perlu dihantar menggunakan file MICROSOFT WORD sahaja. Penggunaan file lain (PDF, JPEG, Notepad dan sebagainya) automatik akan ditolak

6) Kesemua puisi perlu dikumpulkan (kompilasikan) dalam SATU file Microsoft word sahaja. Penghantaran puisi dalam 'file-file' berasingan akan ditolak. Bermaksud dalam satu 'file' perlu ada minima 50 buah puisi.

7) Hanya SATU penyertaan atau manuskrip boleh dihantar dengan mengguna SATU kiriman emel. Jika peserta ingin menghantar lebih daripada satu manuskrip/penyertaan, jangan hantar sekaligus di bawah satu tajuk / kiriman emel, sebaliknya emelkan satu per satu. Ini untuk memudahkan pengasingan (sorting) oleh urusetia

8 ) Sertakan dalam emel anda butiran berikut:

Nama
Nama pena (jika ada)
No kad pengenalan
No telefon dan whatsapp
Alamat surat-menyurat

(Pastikan maklumat ini sahih dan anda boleh dihubungi. Kegagalan untuk dihubungi boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan – walaupun terpilih sebagai pemenang)

9) Emelkan manuskrip puisi anda ke :


10) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 NOVEMBER 2024

11) Tiada tolak ansur terhadap karya plagiat

12) Sebarang keputusan adalah hak mutlak penganjur. Penganjur berhak mengubah, membatal, atau menarik balik sebarang penyertaan / kemenangan yang tidak menepati syarat atau keperluan penganjur. Penganjur juga berhak mengubah sebarang syarat Hadiah Puisi T. Alias Taib mengikut kesesuaian dan keperluan.

13) Sebarang pertanyaan boleh hubungi emel, messenger, atau WhatsApp ke 018-2882019 (Cik Kathy).

HADIAH DAN PENILAIAN

Terdapat 2 KATEGORI pemenang yang akan diberikan hadiah

1) HADIAH UTAMA
• Karya yang berjaya melepasi saringan akhir serta terpilih sebagai terbaik di antara finalis.
• Tiada had maksima jumlah pemenang.
• Hadiah berupa awalan royalti sebanyak RM1000 (minima), trofi, serta tawaran penerbitan karya di bawah Penerbitan KataPilar / Tukang Puisi

2) HADIAH FINALIS
• Karya-karya yang berjaya melepasi saringan akhir.
• Minima seorang pemenang. Tiada had maksima jumlah pemenang.
• Hadiah berupa awalan royalti sebanyak RM500 (minima), trofi, serta tawaran penerbitan karya di bawah Penerbitan KataPilar / Tukang Puisi

PENERBITAN

1) Karya pemenang Finalis dan dan Hadiah Utama akan dipertimbang untuk diterbitkan di bawah Penerbitan KataPilar / Tukang Puisi

2) Pihak penganjur dan editorial KataPilar / Tukang Puisi berhak menyunting, menyarankan penyuntingan, atau sebarang pengubahsuaian yang dirasakan perlu dan sesuai bagi tujuan menyesuaikan konsep, konsistensi, serta menjaga kualiti karya. Hal ini bermaksud buku yang diterbitkan tidak semestinya tepat seperti manuskrip penyertaan yang asal.

Terima kasih

Related products



Newer post