Cart 0

FAQ tentang Hadiah Puisi T. Alias Taib (II) 2025

FAQ tentang Hadiah Puisi T. Alias Taib (II) 2025

SOALAN YANG DITERIMA SEPANJANG SAYEMBARA HPT

BIL.

SOALAN

1.

Saya ingin bertanya berkenaan royalti, adakah royalti dibayar hanya sekali sahaja secara lump sum atau dibayar juga selanjutnya mengikut jualan buku? 

Jawapan: Pemenang akan diberi ‘advanced royalty’ seperti tertera pada syarat sayembara. Jualan buku yang melebih jumlah advanced royalty tersebut akan diberikan royalti seperti buku-buku lain. 

2.

Sebenarnya manuskrip yang ingin saya hantar adalah projek buku tergendala kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan dan ia pernah dinilai seorang ahli sastera. Bolehkah saya masukkan sekali kata-kata penilai tersebut dalam manuskrip saya?

Jawapan: JANGAN masukkan sebarang pengantar, pendahuluan, pra kata, penilaian, atau seumpamanya. Hanya judul, isi kandungan, puisi, dan rujukan (untuk puisi yang pernah tersiar). 

3.

Apakah jenis font, saiz dan jarak yang terbaik untuk saya guna dalam manuskrip saya?

Jawapan: Bebas. Jika tidak pasti, guna saja Times New Roman saiz 12, tanpa langkau baris. 

4.

Dalam ketetapan 50 buah puisi yang perlu dihantar, bolehkah saya campur puisi moden dengan puisi tradisional seperti pantun?

Jawapan: Boleh, tetapi tak digalakkan kerana ia boleh jadi ‘disadvantage’ terhadap penilaian 

5.

Perlukah saya masukkan isi kandungan yang menyenaraikan tajuk-tajuk puisi di bahagian awal manuskrip?

Jawapan: Ya, bahkan digalakkan! 

6.

Apakah akan ada kemungkinan penganjur melanjutkan tarikh penghantaran puisi untuk sayembara ini?

Jawapan: Belum ada keputusan. Jika jumlah penyertaan mencapai sasaran maka tidak ada pelanjutan tarikh. 

7.

Bagaimana kalau ada puisi yang saya tulis tersiar di mana-mana majalah atau media cetak lain selepas tempoh tarikh tutup penyertaan yang dinyatakan?

Jawapan: Automatik dikira dalam 25 kuota yang diberikan. Sekiranya anda ‘anticipate’ ada puisi yang bakal tersiar, maka sebaiknya, jangan gunakan habis kuota 25 puisi tersiar itu. Perancangan itu penting. 

8.

Adakah setiap puisi perlu tajuknya tersendiri atau cukup satu tajuk besar bagi keseluruhan manuskrip kumpuisi yang dihantar?

Jawapan: Terpulang. Selagi ia memenuhi syarat minima 50 buah puisi. 

9.

Mengenai syarat 2.3 dan 2.4, puisi yang telah disiarkan dan tidak dapat digugurkan boleh dimasukkan dalam manuskrip maksimum 25 puisi. Namun jika boleh digugurkan atau diprivasikan puisi tersebut tidak termasuk dalam 25 puisi tersebut? 

Jawapan: Benar 

10.

Berkenaan format puisi sonian, bolehkah saya hantar puisi berbentuk sonian? Oleh kerana puisi ini ditulis pendek-pendek, adakah saya perlu hantar banyak dari jumlah puisi tradisional seperti dalam syarat penyertaan? 

Jawapan: Syarat penyertaan hanya minima 50 buah puisi. Tiada had maksimum. Tiada had panjang atau pendek.

11.

Apakah semua manuskrip yang dihantar peserta akan dibukukan?

Jawapan: Untuk tujuan Hadiah Puisi T. Alias Taib, hanya finalis yang akan dipertimbang untuk penerbitan 

12.

Bila dan di manakah keputusan sayembara akan diumumkan?

Jawapan: Belum ada tarikh muktamad. Sasaran PBAKL 2025 (cadangan sahaja) 

13.

Adakah pengumuman karya yang layak ke saringan seterusnya dihantar melalui e-mel juga?

Jawapan: Tidak. Sebarang pengumuman akan dibuat melalui laman Facebook Tukang Puisi dan laman web www.katapilar.com 

14.

Apakah puisi/sajak yang tersiar dalam antologi yang saya pernah sertai memerlukan surat izin terbit dari penerbit sebelum ini?

Jawapan: Tidak perlu 

15.

Adakah saya perlu meletakkan nama pena saya di bawah tajuk kumpuisi dalam manuskrip?

Jawapan: Tidak perlu, bahkan tidak dibenarkan!

16.

Adakah saya perlu sediakan prakata, kandungan dan pengenalan?

Jawapan: Sama sekali TIDAK untuk prakata dan pengenalan. Daftar kandungan amat digalakkan.

17.

Adakah saya perlu sertakan biodata dan gambar penulis bersama penyerahan manuskrip?

Jawapan: Boleh disertakan dalam emel yang sama, tetapi TIDAK dalam file yang sama dengan manuskrip. Pastikan manuskrip puisi TIDAK ADA sebarang nama atau pengenalan diri penulis. 

18.

Selain akhbar dan majalah, adakah puisi-puisi yang pernah dimuatkan dalam antologi layak diserahkan sebagai penyertaan?

Jawapan: Ya. Sebarang puisi layak dimuatkan. Jika pernah tersiar, maka boleh ikuti syarat 2.3 

19.

Sekiranya puisi yang saya hantar pernah memenangi pertandingan, bolehkah saya sertakan dalam manuskrip bersama puisi saya yang lain?

Jawapan: Boleh, jika belum disiarkan atau dimuatkan dalam antologi. Sekiranya pernah tersiar / dimuatkan dalam antologi, boleh ikut syarat 2.3.

20.

Adakah kesemua puisi yang dihantar dalam sesebuah manuskrip perlu ditulis dalam tema yang sama atau lain-lain?

Jawapan: Bebas 

21.

Bolehkah saya sertakan sekali karya yang sudah tersiar dan tercalon dalam hadiah sastera negeri dalam manuskrip yang ingin dihantar?

Jawapan: Boleh. Rujuk syarat 2.3

22.

Adakah semua penyertaan akan diberikan sijil atau terhad kepada finalis dan pemenang sahaja?

Jawapan: Penganjur akan mempertimbangkan pemberian sijil kepada setiap peserta 

23.

Apakah status peringkat sijil penyertaan dari sayembara HPT? Peringkat kebangsaan, nusantara atau antarabangsa?

Jawapan: Penyertaan dibuka kepada semua penulis berbahasa Melayu dalam dan luar negara.

24.

Apakah pertandingan HPT 2025 menerima penyertaan dari rakyat Indonesia?

Jawapan: Ya 

25.

Adakah puisi yang berangkap sahaja boleh dimasukkan dalam manuskrip?

Jawapan: Bebas 

26.

Apakah naskah puisi yang dikirim boleh menggunakan bahasa Indonesia? Atau harus benar-benar menggunakan bahasa Melayu?

Jawapan: Boleh guna bahasa Melayu atau Indonesia, kerana kita berkongsi banyak kosa kata. Tetapi sebaik-baiknya gunakan bahasa yang boleh difahami pembaca di Malaysia kerana majoriti pembaca / juri adalah dari Malaysia. Jika terlalu sukar difahami, secara tidak langsung akan jadi 'disadvantage' ketika penilaian nanti.

27.

Adakah saya perlu memberikan tanda khusus untuk membezakan puisi pernah siar dengan puisi baharu?

Jawapan: Mohon letakkan satu senarai rujukan di bahagian belakang manuskrip menyatakan judul puisi yang pernah tersiar dan di mana ia disiarkan. Tidak perlu nyatakan pada puisi tersebut.

28.

Siapakah penganjur dan penaja Hadiah Puisi T. Alias Taib II ini?

Jawapan: Penerbitan Kata Pilar dan Tukang Puisi 

29.

Apakah kriteria-kriteria utama puisi yang dinilai para juri HPT II?

Jawapan: Kekuatan dari segi bahasa, makna, emosi, dan keberkesanan pengucapan yang digunakan.

 



Older post