Cart 0

[Pra-pesan] Nokturna (Edisi Baharu 2025)

RM 30.00
[Pra-pesan] Nokturna (Edisi Baharu 2025) Ratings: 0 - 0 votes


**Buku ini adalah pra-pesan**

  • Bermula 14 April sehingga 27 April 2025. Penghantaran akan dibuat sejurus buku siap cetak (Jangkaan sekitar awal Mei)
  • Setiap tempahan prapesan dalam satu resit akan menerima satu buku PERCUMA secara RAWAK. 
  • Harga kos pos akan dikira semasa proses checkout.


Apa kelebihan edisi baharu?

  • Jilidan Swiss (Swiss binding) yang unik dengan tetulang buku terdedah di dalam
  • Buku dapat dibuka rata, tidak merosakkan tetulang & isi dalam dapat dinikmati sepenuhnya
  • Reka letak baharu disertai iringan foto karya Ali Aiman yang memberi nafas baharu pada puisi
  • Kertas yang digunakan untuk kulit dan dalam berbeza, lebih cantik dan berkualiti
  • Sesuai dibuat sebagai edisi pengumpul! Jika anda sudah memiliki edisi lama, edisi ini sangat sesuai buat pengumpul buku puisi.


Blurb buku:

PEMENANG HADIAH UTAMA SAYEMBARA PUISI KATA-PILAR 2018

PEMENANG KUMPULAN PUISI TERBAIK HADIAH SASTERA DARUL IMAN IV


melihatmu

aku ingin keluar

tetapi aku pintu.


Di kota tiada laut untuk melepaskan duka; di dalam kamar, tiada langit yang menampung kesepian.


Dalam resah dan kepul asap kelabu, Karim masuk ke dalam mimpi, membawa bagasi kata-kata dan mencipta dunia jendela ajaib yang menyimpan rahsia.


Pintu kamar telah dibuka.


Masuk dan bacalah rahsia-rahsianya.


Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings