Kau Menjadi Kata-kata yang Tak Sempat Kubaca - Hafizul Faiz
aku ingin memasukkan hujan ke dalam hatimu setelah kau
bilang padaku, semalam adalah kemarau yang gersang
aku tak mahu, bersedu dalam keliru
cinta yang tak nyata
dalam kejap bibirmu.
Kata-kata adalah
cara terbaik untuk mengabadikan kenangan. Ia juga yang terbaik untuk memaknakan
pengalaman. Setiap yang pernah menyentuh hati akan terasa lebih manis dalam
lidah ungkapan.
Tetapi aneh, tak semua makna memiliki kosa kata. Tak
semua rasa selalu dapat dibaca. Kadangkala tanpa bahasa dan suara, ia menjadi
iktibar hidup yang lebih berharga.
Kau Menjadi Kata-kata yang Tak Sempat Kubaca menghimpun puisi-puisi Hafizul Faiz yang mengabadikan sejumlah nama dan
rasa yang membina kedewasaannya; rahsia-rahsia yang tak pernah padam dalam api
ingatannya.
Nak hadiah??
Setiap pembelian naskhah Kau Menjadi Kata-kata yang Tak Sempat Kubaca oleh Hafizul Faiz disertakan dengan kalendar percuma!