Cart 0

Gargle: Himpunan Cerita Lucu Para Pesakit dan Konco-Konconya

RM 23.00
Gargle: Himpunan Cerita Lucu Para Pesakit dan Konco-Konconya Ratings: 0 - 0 votes


Perincian Buku

Penulis: Dr Aimi Rahayu, Dr Ainul Arina, Dr Hazri Tuan Mat, Dr Naqeeb Ashraf, Dr Nur Hanisah, Dr Nur Nabilah Zulkifly, Dr Raihan Amanina, Farmasis Rosdi Md Zin, Farmasis Shahiri, SN Rosnalizawati Hamzah, SN Bel Nawhen, SN Che Maria Afida, SN Indah Hazrila, SN Nafra MK.
Penyelenggara: Dr. Fahd Razy
Halaman: 180
ISBN: 978-967-2114-08-6
Tahun: 2019

Blurb

Awas, untuk Kegunaan Luar!

GARGLE

Bukan semua ubat dalam bentuk pil. Kadangkala yang kita perlukan hanya 'sit back and relax' dan menikmati hal-hal kecil di sekeliling kita.
Juga dua-tiga dos cerita lucu supaya demam-migrain-murung kita kebah sambil tersengih sendirian.

Preskripsi

Berkesan melegakan pelbagai jenis penyakit yang mistik, klinikal, atau pun dibuat-buat seperti migrain, pening, murung, letih, lesu, demam, kesepian, kuat mengantuk, bosan, sakit perut kuat berangan, kuat makan, anzieti, loya, dan pelbagai lagi penyakit yang kami senaraikan secara rawak dan berlebih-lebihan.

Cara Kegunaan

Dikumur tiga kali sehari dengan penuh perasaan dan penghayatan. Cadangan kami pada waktu berikut:
. Sebelum mula kerja
. Sebelum makan tengahari
. sebelum tidur

 Juga sesuai digunakan kita sedang menunggu-contoh tunggu nombor giliran di klinik atau hospital yang entahbilanakpanggil tu. Overdos tak digalakkan, risiko tanggung sendiri.

Kesan Sampingan
. Sakit rahang kerana banyak senyum
. Sakit kepala dan cramp
. Sakit hati
. Hilang kesedaran akan persekitaran (seperti terlepas nombor panggilan atau terlepas bas kerana ralit). AWAS! Jangan gunakan ketika berjalan

Amaran

Paling penting, gargle ini untuk kegunaan luar sahaja! Jika mahu ubat dalaman boleh PM kami untuk pesanan.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings