22 Kes: Himpunan Kes yang Tak Terlupakan
Penulis: Dr Farra Diana, Dr Khairy Malik, Dr Rashdan Mohamed, SN Amran, Dr Kay Kamal, Dr Fairazi, Dr Mohd Faizal, Dr Syuhaida Razak, Dr Mazwin Mazlan, Dietitian Jazeera, Dr Ahmad Nabil, Khairul Dietitian, Dr Ainul, Dr Samhan, Dr Shaiful Nizam, SN Rasheedan, Farmasis Lukman, PPK Dent Akeera, Farmasis Amir, Prof Haniki, Dr Iskandar Mirza, Dr Redza Zainol
Tahun: 2022
Halaman: 234
Genre: Anekdot Medik
ISBN: 978-967-2796-00-8
HARGA: RM26.00
Ingatan adalah senjata – juga beban kepada manusia. Menempuh pelbagai pengalaman dan pergulatan di hospital membekaskan pelbagai rupa ingatan kepada para petugasnya.
Ada yang manis, enak dikenang. Ada yang tajam, menikam dalam. Walau apapun deria dan rasa yang jadi memori, ia kekal menjadi sesuatu yang tak terlupakan. Dan di dalam naskhah ini ia dihimpunkan.
22 Kes, 22 Penulis.
Mengingati dan melupakan adalah resam yang menjadikan kita manusiawi. Begitu juga kematian dan kehidupan. Sakit dan sembuh. Ketawa atau menangis. Menjadi petugas atau pesakit – tetap kita miliki kemanusiaan yang sama.
That one case – Yang tak terlupakan.