Simptom: Aku Budak Medik 2.0
Perincian Buku
Penulis: Amirah Baharin, Amirul Ameer, Amyrah Aina, Aqila Rin Samsi, Atiqah Sukiman, Azizah Majid, Baihaqi Mohamad, Faiqah Rosli , Faiz Nazim, Fathimah Azzahra', Jabbar Rahman, Nabila Shari, Nadia Nabila, Nusaibah Sallehuddin, Ridwan Manap, Saza S, Shaatibi Zahari, Zulhafifi Dzulkafli, Fahd Razy (Editor)
Halaman: 185 hlm.
ISBN: 9789671391389
Tahun: 2016
Blurb
Perubatan adalah satu rumah yang asing dan tersendiri.
Ia menyerlahkan pelbagai ragam dan keunikan. Suka, duka, aneh, kritis, inspiratif, dan kerencaman yang hanya boleh dilihat oleh mereka yang pernah menjenguk ke dalamnya.
Tetapi barisan penulis yang terdiri daripada para pelajar perubatan ini telah melihatnya dari kerusi berbeza. Kaca mata berbeza.
Mereka bukan doktor (belum lagi).
Dan mereka juga bukan masyarakat awam.
Tetapi mereka dalam satu transisi di antara duanya.
Ini cerita mereka. Pengalaman. Persepsi. Interpretasi. Ketawa. Sedih. Kagum. Jelek. Putus asa. Semangat. Semua terangkum dalam naskhah ini. Mereka tidak mewakili doktor, tidak juga mewakili masyarakat awam. Semestinya catatan cerita di dalamnya membawa sesuatu yang unik dan berbeza.
Aku budak Medik!
Selamat datang ke rumah 'Perubatan'!- kata mereka