Advencer Si Peniup Ney (Novel Remaja)
Perincian Buku
Penulis: Faisal Tehrani
Halaman: 143 hlm.
ISBN: 978-967-61-1762-5
Tahun: 2008
Terbitan: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Blurb
Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2004 kategori novel remaja.
Hedonis.
Begitu definisi kaum di negeri jauh itu.
Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat.
Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran.
Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan;
emm... cita rasa, cita rasa!
40 remaja berwajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya.
Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan.
Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta.
Merawat duka rawan rindu kepada Cinta:
Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi:
Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu.
Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.
Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.
.."Karya ini berjaya menarik perhatian panel apabila secara sinis menempelak gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.
Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.
Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan."...
-Mingguan Malaysia, 29 Mei 2005-