Cart 0

Malam Berbau Lilin (Sasterawan Negara Baha Zain)

RM 25.00
Malam Berbau Lilin (Sasterawan Negara Baha Zain) Ratings: 0 - 0 votes


"kulihat kening matamu yang halus di cahaya jalanan,

bagai bulan malam kedua, 

tidak lurus, tidak sangat melengkung,

menghiasi matamu yang coklat, cerah dan peramah.

aku hanya mengucapkan, selamat malam,

dan engkau pulang keseorangan."


Malam datang menggoda dengan pelbagai bau dan wajah. Kenangan, renungan, rindu, harapan: semuanya menjelma berbalam-balam pada detik sunyi ini.

Disinari samar cahaya lilin, Baha Zain menuliskan segala fikir rasa yang muncul dalam dua sisi yang bertentangan: protes-romantis, garang-penyayang, benar-palsu, dan juga hitam-putih. Ada waktunya dia jadi keras dan berontak. Pada ketika lain, dia jadi lelaki dan pencinta yang begitu perasa.

Melalui puisinya, kita menelusuri malam pekat ini dengan kesedaran: bahawa siang pasti datang, dan kita akan dewasa.

***

Siri Tokoh Puisi mengumpulkan puisi-puisi terbaik daripada khazanah sasterawan dan penyair mapan tanah air yang malar segar untuk tatapan khalayak baharu. 

Maklumat naskhah:

Malam Berbau Lilin

Baha Zain

ISBN 978-967-2796-30-5

RM25.00

***

Naskhah lain yang terkandung dalam Siri Tokoh Puisi:

1. Sudah Hampir Malam di Kyoto (SN Muhammad Haji Salleh)

2. Rahang Gelombang (Moechtar Awang)

3. Lelaki Berambut Rumput (Rahimidin Zahari)

4. Malam Berbau Lilin (SN Baha Zain)

5. Tercipta dari Kala (SN Anwar Ridhwan)

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings