Aku Dijangkiti Kehidupan 3.0
Penulis: Wafa Awla, Syeraho, Nazry Salam, Hanan Mikhael, Dr. Farhah Syakirah, Dr. Alizi Alias, Dr. Nathratul Ayeshah Zulkifli
Benar, lain orang, lain jalan kehidupan yang ditempuhinya. Masing-masing pasti akan melalui liku-liku kehidupan yang pelbagai. Ada naik dan turunnya. Ada pasang dan surutnya.
Namun bagi segelintir, turun-naik dan pasang-surut kehidupan mereka ditemani oleh suara-suara ghaib yang sering cuba untuk menjatuhkan diri. Ia menjerut jiwa, sehingga kadang-kadang terasa mahu menamatkan perlumbaan kehidupan secepat mungkin.
Aku Dijangkiti Kehidupan menghimpunkan kisah mereka ini, yang bergelut dengan pelbagai sakit psikiatri. dan sering merasa hidup ini melelahkan.
Di dalam siri ketiga ini, mereka berkongsi kisah menawan kesukaran itu; sekaligus mencapai cita-cita dan impian.
Segelap mana pun malam, bukankah cahaya menanti di ufuk pagi?