Cart 0

Sambil Menunggu Tua-Wan A Rafar

RM 25.00
Sambil Menunggu Tua-Wan A Rafar Ratings: 0 - 0 votes


Dunia penuh dengan hambatan dan tuntutan. Kita dikerah untuk menjalaninya dengan begitu terdesak sehingga tanpa sedar, masa jauh meninggalkan. Usia, tubuh badan, keluarga, semuanya larut dalam ingatan., tinggal sisa kita yang hanya menunggu tua di beranda. 


Begitu halnya dalam dunia puisi yang begitu cepat membesar dan berliku, Wan A. Rafar hanya bagai berjalan lurus, berlenggang, berdendang, bersiul sahaja, tanpa ingin mengejar apa-apa gelar habuan. Lebih lima dekad merakam cinta dan desanya dalam puisi, barulah naskhah ini muncul sebagai kumpulan puisinya yang pertama. 


Memuatkan 62 puisi pilihan, himpunan ini merupakan momento terhadap hayat keperangannya yang tegar dalam jagat sastera Malaysia. 

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings