Mai Chek Nak Habaq: 100 Mitos Kesuburan & Kehamilan (Prof. Dr. Imelda Balchin)
SUDAH TERJUAL HAMPIR 2000 NASKHAH! Buku penting yang anda perlu dapatkan untuk menyanggah semua mitos berkenaan kesuburan dan kehamilan. Bukan saja sesuai dibaca oleh wanita tetapi wajib dibaca pembaca lelaki!
*Produk ini merupakan set 2 buku dan tidak dijual berasingan.
**Set ini datang dengan surat dan hadiah eksklusif sementara stok masih ada.
***
“Eh, betul ke kalau makan nanas nanti gugur?”
“Awak jangan mandi malam, nanti air ketuban banyak!”
“Hei, jangan pergi zoo lah! Nanti kena kenan baru tau.”
Ha, ibu hamil mesti dah biasa dengar petua-petua macam ni kan? Itu tak boleh, ini tak boleh. Habis itu, apa saja pun ibu hamil boleh buat? Pening!
Mai sini nak habaq. Banyak petua dan cerita ini mitos!
Dalam dua jilid buku Mai Chek Nak Habaq, Prof. Dr. Imelda Balchin menyanggah 100 mitos kehamilan dan kesuburan dengan fakta yang betul dan tepat. Tinggal hangpa nak belek dan baca saja. Diterbitkan dalam versi kompak dengan 600+ halaman berwarna dengan bahasa yang bersahaja dan mudah difahami.
***
Prof. Dr. Imelda Balchin ialah pakar perubatan yang sudah berkhidmat selama 25 tahun dan peneraju dalam bidang perubatan maternal dan fetal. Beliau juga telah menubuhkan Klinik Pencegahan Kelahiran Pramatang Malaysia (Preterm Birth Prevention Clinic) pertama, yang memberi tumpuan kepada penyediaan penjagaan khusus untuk wanita yang berisiko tinggi mengalami kelahiran pramatang disebabkan oleh cervical insufficiency.