Jaulah Sampai Syurga (Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014)
Perincian Buku
Penulis: Muzaf Ahmad
Halaman: 82 hlm.
ISBN: 978-967-1078-68-6
Cetakan Pertama, Nov. 2014
Cetakan Kedua, Mei. 2015
Cetakan Ketiga, Nov. 2015
Cetakan Keempat, Nov. 2019
Blurb
Pemenang Utama Kumpulan Puisi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014
Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2014
"salju di luar tingkap semakin melebat
di sini walau kita terkandas
tetap kita menongkah gigil
jangan dipeduli ribut gelisah yang membuas
kerana hangat ukhuwah akan segera meredakan..."
Kumpulan puisi Jaulah Sampai Syurga tampil mengajak pembaca merasai kehangatan ukhuwah serta menghayati suara kemanusiaan dalam pembebasan Al-Aqsa. Terjemahan puisi Jaulah Sampai Syurga bertajuk Tengoku e No Michinori (bahasa Jepun) dan Luyou Dao Tiantang (bahasa Mandarin) turut dimuatkan; membawa pembaca merentas benua.